disable right click

Monday, February 28, 2011

Kehidupan kelabu.

 2.36 AM
Arsenal, Liverpool kalah.

 Aku dah cakap, aku memang susah nak tidur malam. Dah elok-elok balik rumah awal, esok pagi ada hal tapi masih lagi nak duduk depan skrin laptop ni. Sengaja gatal jari nak menekan papan kekunci yang dah buruk ini.

Dunia memang susah nak jangka, tiba-tiba, itu terjadi, ini terjadi. Bukan tidak boleh dielakkan, tapi sikap sesetengah anjing kehidupan yang tidak sedar diri. Diri aku juga tidaklah begitu sempurna, tapi apa yang aku perlukan dan kita semua perlukan adalah keamanan dan kematangan dalam pemikiran. Kalau muka kacak dan cantik, tapi minda masih lagi terkukup dan langsung tidak boleh berfikir secara waras, maka itu boleh diklasifikasikan sebagai minda kelas ke-3.

Apa salahnya, jika kita manusia saling memahami, saling menyayangi. Maka tiadalah peperangan, tiada masalah, tiada susah. Sengaja ingatkan diri sendiri, aku pun tidak sempurna. Sekarang aku lebih suka mengambil langkah berkecuali dalam apa juga jenis hal yang mungkin akan mendatangkan masalah.

Kan bagus kalau aku boleh kembali ke masa lalu dan betulkan segala kesilapan aku? Mungkin aku juga boleh mengubah masa depan. Hurm, bicara mainan, ayat pun angan-angan.

Thursday, February 24, 2011

Cinta Sempurna - Yunalis Zarai

Lagu yang cukup sempurna. Enjoy :)

 

Sedikit sebanyak mewarnai kehidupanku.

To Him that gave me life

12.10 AM
Status - Suicide


I've said this word for so many times, but still I never notice that those thing will happen to me. What goes around comes around, it's karma right? Maybe before this I had make someone feel bad and talk bad about them. Showing that I'm always right and so on. And now, lots of problem coming to me. It turns on me back for what I've done before.

Look, I'm sick of it. I just can't bear it when someone hated me. But, I do hate other people. See, it goes back on myself. What do we do will get back to us because it's karma.

So, from now on, I want to taught myself to respect other people, to love them and never talk bad about other people. I just want my life to be full of happiness and see people around me happy and enjoy with me. I'm not the one who are cold-hearted and selfish. I hate a situation like this. It makes me feel guilty and bad.

To god, I pray to you please let me have a peace on myself. Show me the true Path that will lead me to happiness. Let my friends, family and all people in this world love me. I love YOU Allah!

Tuesday, February 22, 2011

Kehidupan dalam Hitam dan Putih

5:14 PM
Selasa
Tajuk : Kenapa aku sayang blog aku?


Burger McD yang aku beli tadi masih lagi tinggal setengah di atas mejaku. Susah untuk aku habiskan dengan fikiran yang bercelaru. Kusedut air coca-cola sedikit demi sedikit, memikirkan kenapa aku sayang blog aku. Sepuluh minit sudah berlalu, hanya burger, air coca-cola yang sudah habis dan skrin laptop yang masih kosong. Hurm.

Hitam, kelabu dan putih. Sengaja aku letakkan warna kusam sebagai tema kerana hidup kita hanya akan bermakna setelah diwarnakan. Aku mengambil kira segala aspek kesempurnaan dan penelitian walau aku tahu aku sendiri tidak sempurna. Samalah seperti rumah baru yang hanya berdinding putih dan berlantai simen kelabu hanya akan meriah jika sudah dicat.


Dalam blog ini, semua yang aku lakukan adalah secara sengaja. Bukan aku mahu untuk menulis dengan tatabahasa dan ayat yang skema, tapi aku rasa lebih selesa jika kamu membaca tanpa kejijikan. Cukuplah dengan perkataan ringkas dalam kehidupan seharian aku. Hanya blog ini yang sanggup melayan ke-skema-an aku.

Aku gembira bila dapat menulis entri, bukan ku harap untuk orang lain baca. Tapi cukup sekadar aku dapat mengimbas kembali kenangan aku. Perlahan kupasang lagu Estrella untuk menikmati keindahan di hari ini. Sukar untuk aku menulis jika teringat Yuyu Zalikha yang berkulit putih gebu tersenyum. Lirikan matanya sahaja menyebabkan aku tersipu-sipu malu sendirian di depan papan kekunci laptop ini.


Banyak masa aku yang terluang kuhabiskan dengan blog ini, aku biarkan diriku mengelamun memikirkan idea setiap kali aku menulis. Kerana blog semata-mata, aku tidak tidur sehingga satu hari. Begitulah kenapa aku sayangkan blog ini, blog bodoh tanpa pendapatan yang aku kunjung dan tengok setiap hari.

Aku bukan tidak sayang kau blog, tapi aku masih punyai kehidupan aku sendiri. Kau pula, hanyalah makhluk alam maya yang tidak bernyawa.

Award Nazmie, Benazir Japiril dan Azza Taidin, kenapa kamu sayang blog kamu?

Love never fails.


Percintaan sering menjadi topik hangat masa kini. Bukan sahaja dari mulut ke mulut, malahan, didalam "Facebook", "Twitter", "Myspace" dan termasuk juga lah dengan blog-blog samada persendirian atau hiburan. Selalu juga terdengar di media, bunuh diri kerana cinta dan kebanyakan masalah-masalah berkaitan dengan cinta. Boleh dikatakan cinta ini sesuatu yang takkan selesai sehinggalah seseorang itu jumpa dengan cinta sejati mereka.

Aku pun tidak terkecuali dengan masalah bodoh aka cinta ini. Tuhan ciptakan setiap orang dengan pasangan maka tidak perlulah kita terlalu mengejar nikmat bercinta sehinggakan lupa dunia. Jarang aku dengar istilah andartu atau bujang terlajak. Sebab apa? Sebab tuhan tetap akan menemukan kita dengan jodoh yang ada.

Apa yang aku terapkan dalam diri aku sendiri, janganlah paksa cinta itu kerana cinta akan datang bila masanya tiba. Tapi kita tetap perlu berusaha untuk mencari pasangan sebab tuhan sukakan hambanya yang berusaha. Tapi bila sudah dapat, cukuplah dengan bercinta secara sederhana. Maksud aku, bercinta sebaik mungkin dan janganlah sampai terlajak melakukan maksiat. Kan tak bagus tu?

Berfikirlah sebaik mungkin dan jadilah orang yang berguna supaya tak sia-siakan kehidupan. Penat ibubapa kita membesarkan kita, tapi kita rosakkan diri dengan melakukan perkara tak senonoh. Cuba hargai kehidupan ini.

Bukan hendak menasihati, tapi cukup sekadar berkongsi. ^-^

Monday, February 21, 2011

Kehidupan yang kuimpikan sudah mulai terasa. Tiada lagi kekusutan yang bermain dalam hati aku. Boleh tak aku nak ketawa? Hahahaha!

Baru sahaja install UberSocial dalam BB aku sebab sebelum ini UberTwitter kena "suspended" kejap. Jadi, terpaksa pakai SocialScope. Apa-apa pun, UberSocial tetap terbaik. Seronok bace tuit-tuit merepek. Boleh gelak seorang diri. Penghibur di kala bosan katanya. Ahah. Itu sahaja.

Jadilah seorang yang berfikiran luas dan memandang ke hadapan agar anda dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang terbaik.

Saturday, February 19, 2011

status - major heart conflict

 
Let a picture tell the story of my HEART. How it really HURT me inside. How it really TEAR me apart. And now I'm DYING to forget all that I start.

Masih Palsu.

Menulis adalah satu perkara yang menarik. Tahu menulis adalah suatu kelebihan. Tapi tulisan aku hanyalah sekadar luahan perasaan duniawi yang tidak bermakna apa-apa pada sesiapa pun. Seperti yang aku kata, aku pilih bercerita dari menyimpan kerana bercerita memudahkan perjalanan.

Palsu

Palsu, ini semua palsu,
Cerita cinta dongeng dalam hidupku,
Palsu, ini semua palsu,
Berakhirlah untuk diriku.

Lemah diriku memikirkan tentangmu,
Senyum manis dibibirmu mengikat diriku,
Lihatlah kembali kedalam sinar mataku,
Keikhlasan dan kejujuran ku untukmu.

Semua yang terjadi hanya palsu belaka,
ku tak ingin untuk terus begini,
Air mataku mengalir mencari dirimu,
Adakah aku ini hanya sebuah patung.

Ku terseksa dengan sikapmu,
Kau selalu melukakan hatiku,
Namun aku pun tahu,
Diriku ini, hanyalah seorang pengganti.

Friday, February 18, 2011

Yang leka akan terus terlupa.

Habis berpusing kepalaku memikirkan permainan yang aku mulakan. Adakah ada cerita penutup yang setia? Kerana bila hati sudah tidak percaya cinta, semuanya akan jadi merepek. Yang leka akan terus terlupa. Bukan mudah untuk menyeka airmata yang jarang mengalir kerana airmata seorang lelaki untuk wanita adalah sesuatu yang terlalu berharga untuk disentuh.

Mungkin pada dasar luarnya, aku nampak gembira. Tapi jauh di dalam hati, siapa yang tahu? Masa akan merubah segalanya, merubah apa yang aku telah lalui menjadi satu pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, kerana di sebalik duka sentiasa ada sesuatu yang menunggu kita.

Hanya alunan sayu gitar menemani diriku saat aku duduk sedih dan sepi teringat mu. Puas sudah lagu aku cipta untuk meluahkan perasaan yang berbelah-bahagi di dalam diri ini. Cukup lah sudah sengsara yang kau ciptakan untukku, cukuplah sudah penghinaan yang kau berikan padaku.

Ahhh, cukuplah sudah dengan permainan kamu! Bukan aku tidak biasa dengan semua ini, tapi sengaja aku layankan perasaan bodoh yang akhirnya memakan diriku sendiri. Apa lah sangat dengan apa yang ada pada dirimu sampaikan aku hampir-hampir termati duduk menjadi bodoh? Biarlah segala memori yang kita cipta dibawa angin yang berlalu pergi sesuka hati.

Biarlah.

Thursday, February 17, 2011

Sehari di Broga Hill, Semenyih

15 Februari 2011
Broga Hill, Semenyih

Pemandangan dari puncak Broga

Broga broga broga. Memang terbaik bila dapat daki Bukit Broga ni time ada masalah dan nak release stress. Happy jugalah bila dapat lupakan sebentar pada dunia luar dan menikmati udara segar serta pemandangan yang menghijau. Lagi-lagi masa menunggu saat matahari terbit.

Irfan, Ah Chong, Elfie
Durrah (tengah) dan kawan-kawan
 Nilah kerja diorang, nak bergambar je. Aku yang tukang pegang camera biasa lah, semestinya gambar pun sekeping dua je. Ahah. Takpe guys, asalkan semua happy. Yeahh


Thanks guys sebab meramaikan lagi masa daki Broga. Even aku tahu korang takkan baca blog ni. Ahah.

Wednesday, February 16, 2011

Aku tetap aku. Diam.

Orang cakap, hidup ini umpama roda. Kejap kita di atas, kemudian di bawah dan berulang-ulang begitu. Aku sendiri perasan begitu, ya lah, bukan hari-hari, hari minggu. Kan? Aku cuba hadapi masalah aku dengan baik, tapi, makin lama masalah ini seperti hendak mengenakan aku. Haha.

Hidup harus diteruskan. Kadang-kadang bila aku sedang memandu atau menaiki motor, aku rasa seperti hendak langgar semua orang pun ada. Nasib baik aku masih mampu berfikir. Tidak sia-sia aku belajar tinggi-tinggi. Dapat juga aku berfikir dengan rasional berbanding sesetengah orang yang ingin membuat keputusan pun tidak tahu. Itu sampah namanya.

Sepatutya aku kembali ke kehidupan aku yang lama, lebih mudah dan gembira berbanding hari ini. Sebab makin lama makin celaka aku rasa. Atau aku yang semakin dewasa dan terlalu banyak berfikir? Ahh, pedulikan. Aku tetap aku, cuma kamu yang merubah aku. Diam.

Monday, February 14, 2011

Kan bagus kalau aku tiada perasaan?

Biasalah, bukan manusia kalau tiada masalah. Bukan juga hidupan kalau tiada halangan. Cuba untuk berfikir, betulkah hidup ini akan menjadi bosan jika setiap hari, hidup gembira? Hurm. Aku masih lagi berfikir, kenapa semenjak akhir-akhir ini aku kerap didatangi masalah? Mahu menyalahkan orang lain, tidak mungkin, sebab aku tahu ianya tidak mungkin akan menjadi masalah kalau aku sedar dari awal lagi.

Ya, aku impikan hidup yang gembira tanpa perlu berfikir tentang orang lain. Aku perlu meluangkan masa aku bergembira seperti dulu ketika aku masih lagi hidup dalam dunia aku. Biarlah orang sekeliling cemburu dengan aku, biarlah orang sekeliling suka dengan aku. Yang penting, hidup aku penuh dengan kegembiraan.

Sebenarnya, saat aku membuka blog aku ini, aku sendiri sudah sedar yang aku cuba meluahkan perasaan ganjil aku sendiri. Kalau tidak, mesti aku sudah lupakan blog haru-biru ini. Kan? "Minta maaf blog, aku tahu kau tak ada perasaan, jadi apa salahnya aku meluah dekat kau." "Bodoh, kenapa aku minta maaf? Padahal blog tiada perasaan." Kan bagus kalau aku tiada perasaan?

Sunday, February 13, 2011

Monolog Aku

Betulkah hati aku ini masih boleh diubati? Betulkah apa yang bermain cuma perasaan bila keseorangan? Kadang-kadang aku fikir, aku ini bodohlah. Masih lagi tersekat dalam permainan luarbiasa yang aku sudah biasa. Bodoh.

Bodoh. Hakikat aku sudah jatuh cinta memang ada, tapi aku cuba untuk tolak perasaan aku sendiri. Bodoh. Terhegeh-hegeh inginkan dia tapi sendiri sudah tahu yang peluang pun tak ada.
Bodoh. Baik teruskan saja hidup seperti biasa dan bergembira seperti dahulu kala.

Permainan ini aku yang mulakan, tapi sekarang aku yang sengsara menahan sebab kalah. Tapi orang kata, "when a door is shut, doesn't mean that a window didn't open". Ya, peluang masih ada. Mungkin jika aku ikut rentak, segalanya akan kembali normal. Dulu aku tidak pun macam ini. Pelik.

Kehidupan aku kucar-kacir kerana seorang gadis. Mungkin aku nampak gembira di luaran, padahal dalam hati ini sudah rosak, sakit. Aku cari cara untuk bergembira, tapi tidak berjaya. Cukup aku dapat melihat dia tersenyum dan ketawa sudah mampu untuk menyenangkan hati aku.

Kadang-kadang aku hairan dengan diri sendiri, sudah tahu masih lagi menaruh harapan. "Cubalah buka pandangan mata dan hati kau untuk orang lain!, takkan kau masih nak mengharap pada dia, bodoh!" Ya, aku masih mengharap, tapi kali ini aku berharap agar aku dapat menerima dia sebagai kawan, sebagai seorang yang aku kisahkan, aku sayangi dan yang paling penting, dia menghargai aku kembali.

Hanya blog ini peneman setia, bila aku gembira aku lupa blog ini. Kasihan kau, tapi kau tiada perasaan. Jadi, kasihankan lah aku yang terseksa dengan kehidupan di dunia. Jangan kau tinggalkan aku ya. :(

Aku dan Diriku

Kesilapan yang lepas mengajar kita untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Bukan untuk diulangi lagi. Sikap yang menentukan samada kita boleh menerima atau tidak dan sifat itu datangnya dari pemikiran kita samada terbuka atau masih terkukup di ruang masa gelap.

Tak perlu mencari fakta yang sahih asal logik mendahului perbincangan. Hidup huru-hara bukan bermaksud kita sudah tidak bermakna di dunia ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kerana karma sentiasa wujud, buatlah kebaikan yang mungkin dibalas kebaikan.

Anak muda yang masih mencari hala tuju kehidupan sebenar, berfikir, pekerjaan atau pelajaran, keluarga atau kawan, hiburan atau ketenangan? Wang mengatasi segala-galanya, tanpa wang siapa kita. Ya, wang tidak penting, yang penting keluarga dan hidup yang bahagia. Tapi cuba anda jelaskan bagaimana untuk bergembira dan bahagia di dunia yang serba materialistik ini?

Aku kerap menguji kemampuan sendiri untuk melakukan sesuatu yang aku minat mahupun tidak. Kerana aku mempunyai senarai yang aku ingin lakukan sepanjang aku hidup. Mungkin mendaki gunung? Mungkin juga berenang merentasi lautan Atlantik. Letaklah satu tujuan dalam kehidupan anda agar jalan yang ingin dilalui sentiasa berada di depan mata anda.

Aku dan diriku masih lagi terpinga-pinga menunggu masa berlalu.

Saturday, February 12, 2011

Selsema Burung atau Burung Selsema?

Sedikit hingus meleleh ketika aku sedang menaip entri ini. Habis semua tisu dan tuala aku digunakan sebagai pengelap. Entah apa mimpi hidung aku harini nak salesman, eh tak, selsema. Jilaka. Macam mana aku nak menghirup udara segar di pagi hari?

Habis gitar aku kena petik, bunyi entah apa-apa. Kadang-kadang nada sedih yang mengisi ruang bilik aku. Kadang-kadang juga, nada katak menyanyi riang sambil berguling-guling riang pun ada. Hairan, bezanya cuma beberapa tali yang ditekan, tapi bunyi nya bermacam-macam.

Aku pusing lagi bilik aku, nampak kipas disiling berpusing, tapi aku atau kipas sebenarnya yang berpusing. Aku pandang, aku tenung, aku renung, hurmm. Tak boleh jadi ni, aku tanye kipas, "Kipas, awak berpusing ke?", tapi suasana tetap sunyi. Cuma bunyi kipas je berpusing, pergh, pusing kepala aku tengok kipas berpusing.

Selalu bila aku naik motorsikal yang aku guna untuk ke kolej, ke rumah kawan dan ke kedai mamak, mesti akan aku ternyanyi lagu-lagu yang ter"compose" sendiri dalam fikiran aku. Tapi bila aku turun motorsikal, semuanya hilang tiba-tiba. Pelik. Tapi tak apa, aku sendiri sudah mencipta beberapa lagu yang lahir dari jiwa aku. Lebih mudah untuk meluahkan perasaanku. Hurm.