disable right click

Monday, April 25, 2011

Inner Island

Sunyi sepi, tiada bunyi yang keluar kecuali dari radio kegemaran aku. 
Perlahan lagu tanpa suara mengisi ruangan bilik aku. 
Cuma melayan akal fikiran yang sudah lama melayang jauh dari tubuh.

Wednesday, April 20, 2011

Semuanya.

Haih, apa sudah jadi? Nasib kau tak ada ikatan? Kan?

Perlukah aku cakap yang aku ini bukan jenis ambil kisah apa yang berlaku kalau melibatkan cinta? Aku bukan jenis yang suka cemburu. Kau buatlah apa kau mahu, tapi aku tetap aku, tidak kisah apa yang berlaku. Sebab aku bukannya budak lagi yang mendambakan perhatian seperti orang lain. Aku bukan jenis yang suka bersama 24 jam tanpa henti, apatah lagi walaupun sebentar.

Aku tetap aku, aku selesa dengan hidup begini. Aku ada orang untuk disayangi dan yang menyayangi aku. Bukan niat aku untuk permainkan cinta, tapi memang hidup aku begini. Selesa buat apa-apa sahaja. Aku malas untuk bertanya benda yang sama, kerana aku sudah muak dengan keadaan itu.

Aku minta maaf jika aku buat kau begitu, bukan aku benci atau tak mengerti kau, tapi aku selesa dengan hidup aku begini. Walaupun aku tahu kau terseksa kerana aku, tapi aku tidak boleh paksa apa yang aku mahu dan tidak mahu buat. Aku ketawa bila aku mahu, aku marah bila aku mahu, aku diam bila aku mahu, aku bersuara bila aku mahu dan aku ikut kehendak hati aku!

Sunday, April 17, 2011

Noktah Sedar

 "Untung kalau aku lahir semula. Ubah semua. Hidup bahagia."

5 hari yang membebankan telah aku lalui dengan sempurna. Penat lelah selama satu minggu aku memang membuahkan hasil. Sekarang pula, cuti diberikan selama 3 minggu dan 9 May nanti semua pelajar akan kembali mendaftar. Pengambilan pelajar April juga sedang berjalan, dan selepas ini, seperti biasa aku akan dapat "junior" baru.

Semester 6 bakal tiba selepas ini, hanya 2 bulan setengah, selepas itu aku akan dihantar untuk praktikal. Cepat masa berlalu. Aku semakin dewasa, semakin tua, harus menjadi lebih matang dalam menentukan masa depanku. Aku tidak mahu kerja tapi gaji hanya sekadar cukup bayar bil, sewa rumah, ansuran kereta dan macam-macam lagi. Aku mahu hidup aku lebih dari itu. Aku mahukan hidup yang senang, tiada beban perbelanjaan, tiada masalah kewangan.

Aku serik dengan hidup sekarang, apa yang aku lalui aku jadikan pengajaran. Sedar.

Sekali lagi aku cakap, "Untung kalau aku lahir semula. Ubah semua. Hidup bahagia."

Saturday, April 16, 2011

Menghitung hari.

"Ahaha. Untuk menulis ayat yang indah, seperti lahir dari jiwa bukanlah satu perkara yang susah bagi aku. Untuk mencipta satu cerita dan menghidupkan satu watak juga bukan lah susah bagi aku. Haha. Permainan menjadi lebih mudah kalau perkara berjalan lancar seperti yang dirancang."

Segala beban sudah berakhir, sekarang menunggu masa untuk menghabiskan cuti pula. :) Bersawai.

Saturday, April 9, 2011

"telefon kawan, minta satu pot."

Pergh. Gua signout, gua baca apa gua tulis tadi. Lepas tu, gua rasa macam jantung gua kena cucuk! Punya sakit. Tapi gua tahan, langsung gua login balik, gua post ini cerita. Sakit beb! Malas gua mahu cerita, okthanksbye!

Monolog Aku - Salah kau Protagonis!

Kan dah cakap, ini bukan kali pertama kau begini. Masuk ini sudah kali "keberapa", dan kau masih anggap diri kau hebat? Oh tidak, simpan sajalah impian kau itu Protagonis! Jangan ingat dia boleh terima kau senang-senang saja. Setiap benda yang kita mahukan di dunia ini ada bayaran dia. Cukuplah dengan yang ini, kau tidak payahlah mahu bersungguh-sungguh konon kau boleh buat!

Jadikan apa yang berlaku pada kau sebagai pengajaran kepada kau yang mudah lupa. Kau lupa sejarah kau, kau memang lupa terus! Apa kata kau hidup saja dalam dunia kau itu? Kan lebih seronok, tiada apa yang menekan kau. Tiada apa yang menyusahkan kau.

Semua orang gembira terhadap kau dan hari-hari sosial kau. Bodoh lah kau, sebelum kau jadi lebih teruk macam dulu, baik kau tarik diri! Dia tak wujud dalam dunia kau, kau adalah kau! Semua orang tahu siapa kau, tapi bukan dia! Betul apa orang cakap, "Gadis yang baik, hanya untuk lelaki baik" dan mustahil itu adalah kau. Ketawa aku jika itu kau, hahaha!

Permainan ini, kau yang mulakan, jadi kau yang harus habiskan! Protagonis!!! Jangan kau pentingkan diri kau sendiri. Ingat, karma itu ada. Kerana karma lah yang akan menghukum kau. Aku benarkan kau kawal diri kau kerana aku percaya pada kau Protagonis, tapi kalau kau berterusan begini, bukan setakat diri kau, aku rasa aku terpaksa rampas kebahagiaan kau dan kembalikan masa lampau kau! Bodoh punya Protagonis!

Wednesday, April 6, 2011

Bahagia - EA

Singkat masa kita bertemu,
Mata menusuk hati,
Menterjemahkan perasaanku,
Kedalam dirimu.

#bridge
Akhirkanlah riwayatku,
Hentikanlah lakonanmu,
Agar aku bahagia.

*chorus
Lepaskanlah,
Diriku ini yang hina,
Lepaskanlah,
Hatiku yang terseksa,
Agar aku, bahagia.

Verse 2
Pertemuan yang pertama,
Kau senyum memikatku,
Lagak tarimu mempesona,
Membuatku terpukau.

#bridge
*chorus

Boring

"Menulis, menulis, menulis."
Satu cara yang aku dapati memuaskan dan menggembirakan bila aku dapat menulis. Apa yang aku tulis, aku dapat baca bila aku mahu. Kadang-kadang aku dapat mengimbas kembali memori aku melalui tulisan aku. Ahah, bukanlah ada maksud yang menarik pun. Tapi seronok bila dapat meluahkan perasaan tanpa aku perlu tahu siapa pembaca setia aku. Aku mempunyai kebebasan menulis aku sendiri. 
Haha.

Monday, April 4, 2011

Monolog Aku - Si Antagonis dan Protagonis

Si Antagonis (Fantasi)

Bila jiwa terlalu kreatif, habis semua hendak dicuba. Apakah? Sudah tahu pokok itu ada bajanya, masih mahu jadi parasit dan membiak sesuka hati. Lama-lama, parasit itu akan dibunuh juga, dibuang kerana siapa mahu melihat pokok yang dikelilingi parasit hijau yang setia menagih simpati.

Cukuplah dengan kebahagiaan orang lain, jangan diganggu kerana apa yang kau dapat hanya sementara. Bodoh, kerana jiwa yang kreatif lah, kau binasa. Cuba lupakan sebentar angan-angan kau itu? Apa faedah yang kau dapat jika terus begini? Kau yakinkah yang kau mampu mencipta satu lagi ruang kosong dalam satu tempat yang kau sendiri sudah tahu ada penghuninya? Untuk berkongsi, jauh panggang dari api.

Cuba kau teruskan sahaja dengan cara hidup kau yang lapuk itu, bergembira dan buat apa yang kau suka. Dari kau jadi Si Protagonis yang semua orang tahu, tak mungkin kau akan berjaya. Haha, bodoh! Padahal masih ada lagi jalan yang kau boleh pilih, kau pilih juga jalan yang tiada cerita penghujungnya. Kau tahu yang penghujungnya hanyalah sebuah cerita sedih yang kau reka sendiri untuk diri kau yang membosankan. Bodoh!


Si Protagonis (Realiti)

Apa aku boleh buat? Aku terjatuh cinta dengannya? Sengaja aku anggap sebagai kawan untuk aku sayang. Aku tahu aku bersalah, aku sendiri tidak mahu ini terjadi. Tolonglah aku Antagonis, aku merayu kau! Aku sudah penat untuk berfikir, apatah lagi dikecewakan. Tapi jauh dalam hati aku, aku ingin setia menunggu dia yang aku sendiri tidak tahu sampai bila.

Aku tahu aku bodoh, tapi apa lagi cara yang aku boleh buat Antagonis? Apa yang kau boleh cadangkan untuk aku lakukan? Kau mahu aku berlagak tidak tahu, padahal dalam hati ini, perasaan rindu aku hanya tuhan yang tahu. Salah aku juga kerana tiba-tiba membenarkan dia perlahan-lahan mengisi ruang dalam hati aku. Tapi bukan aku sengaja, aku parasit dalam hal ini, dan memang itu tugas aku.

Argh, apa yang perlu aku buat??? Cuba sesiapa tolong jelaskan pada aku, aku bukanlah pakar. Aku umpama penggunting rambut, mungkin rambut orang aku boleh buat macam-macam stail. Tapi tidak rambut aku. Sesiapa, tolonglah aku...

Sunday, April 3, 2011

Bila "potionist" bersuara.

Sayang itu ada. Aku sayang kawan-kawan aku, aku tidak sanggup kehilangan mereka yang sentiasa ada di sisi aku. Sayang pada ibu bapa, kerana merekalah aku ada disini dan sedang menulis atas papan kekunci lusuh ini. Aku sayang orang itu apabila aku percayakan mereka, apabila aku sudah mengenali hati budi mereka.

Bagi aku, sayang bermaksud kita saling memahami dan saling menghargai. Kerana itulah perasaan sayang terbentuk. Ia lahir dari jiwa kita dan terus turun ke hati. Cukuplah sekadar sayang, kerana sayang hanyalah peringkat kedua dalam kehidupan. Yang pertama adalah suka, kemudian, sayang, dan barulah cinta. Seorang lelaki boleh menyayangi lelaki lain, tapi tidak mencintai mereka kecuali mencintai Rasulallah S.A.W. Tetapi seorang lelaki atau wanita boleh mencintai mana-mana wanita atau lelaki kerana Tuhan menciptakan kita dengan jodoh masing-masing.

Aku mungkin masih dengan dunia aku sendiri. Aku lebih selesa hidup berseorangan tanpa perlu ada komitmen. Tapi itu tidak bermaksud aku tidak mempunyai perasaan. Seseorang bertanya pada aku, "alangkah bagus jika dunia ini tiada perasaan". Agak janggal pertanyaan sebegitu, kerana tanpa perasaan sama seperti patung yang dicipta manusia, cantik tapi tidak berfungsi. Perasaan adalah satu jenis norma kompleks yang tidak dapat dikira dan hanya boleh ditafsir dengan riak wajah atau percakapan.

Bagi aku, lebih bagus kalau ada orang bertanya pada aku. Kan bagus kalau boleh hidup kekal muda dan abadi? :)

Saturday, April 2, 2011

Aku dan Kolej

 "2 hari yang memenatkan, 2 hari yang menghiburkan, 2 hari yang menyentuh diri aku."

Buat pertama kali setelah sekian lama, aku dapat rasakan kembali kegembiraan yang sudah lama aku kehilangannya. Kegembiraan yang menyentuh aku sehingga aku tidak ingin hari ini untuk berakhir. Dapat bersama rakan-rakan, masing-masing bergembira dan berseronok bersama.

Bercakap tentang kehidupan, anda akan rasa hidup anda hilang sedikit demi sedikit jika tiada kegembiraan di sisi anda. Percayalah, aku sendiri pernah melaluinya. Cukuplah semua orang dapat menikmati saat-saat bahagia bersama. Cukuplah semua orang saling menghormati antara satu sama lain. Dunia akan jadi lebih harmoni.

Habis sudah 2 hari penuh bermakna. Lagi 9 hari sebelum peperiksaan akhir Semester 5. Masih ada satu kerja khusus yang aku perlu siapkan. Beginilah kehidupan di kolej, rakan-rakan masih di sisi. Bayangkan bila semua sudah bekerja, masing-masing berpisah. Adakah masih mahu untuk hubungi satu sama lain? :)