disable right click

Thursday, November 25, 2010

Lama sudah tidak ber-blog, apakah?

Hampir sebulan meninggalkan pentas (cehhh, bajet artis lak), kini kembali menulis untuk tatapan (sendiri kot, sebab mane ade orang tengok blog ni, lols). Ok, semenjak dua menjak lapan menjak ni, busy dengan study dan sekarang ni pun tengah "final exam" sampai 26 Nov, sebab itulah tak ada post langsung. Ada banyak masa sebenarnya, tapi apa kan daya, Facebook dan Twitter menjadi pujaan. Hahaha.

Harini, hari paling panas aku rasa, berakhirnya paper ke-4, Organizational Behaviour yang membuatkan aku stress dengan soalan-soalan chapter Stress. Hahaha, serius ada la, bukan main-main. Rasa macam bangang pun ada tadi, tengah-tengah stress jawab paper, boleh pula soalan pun soalan stress. Lols :D. Btw, masih ada lagi paper Financial Management dengan Pengajian Malaysia, esok la aku perah otak ni. Haha.

Mungkin agak ketinggalan cerita ini, tapi aku masih lagi tengok video "Dia Pilih KLCC doe" hahah. Paling tak boleh blah part, "Han dah lemah doe" . Apakah?? hahah. The most stupidest and funniest video of the year la aku bagi. Hahaha. Apa-apa pun, kalau nak tengok, search je kat youtube tu. Mesti ada punya :).

Sampai sini je lah, letih la. Mesti mau study betull? haha.

Monday, November 1, 2010

Cerita Tanpa Tajuk

Arghhh, malas aku nak letak tajuk. Fikir tajuk pun sudah makan masa yang lama, buang masa. Serius, aku bukan jenis yang suka berfikir lama-lama, apa yang terlintas cepat aku catatkan dan aku malas untuk ingat lagi lepas itu :) Kadang-kadang bila aku tekan keyboard ni, aku rasa segala masalah aku hilang. Walaupun macam tiada apa-apa makna, sekadar menggerakkan jari pun sudah cukup. Kerana perkara kecil yang kita lakukan, jika dilakukan berkali-kali pasti akan memberikan kesan.

Aku selalu mendengar kawan-kawan aku yang terdekat beritahu, "Kau memang seorang pendengar yang baik". Ye, seingat aku, kebanyakan kawan-kawan aku yang berkongsi masalah dengan aku, semuanya aku bantu diorang. Aku suka bila dapat bantu orang, tapi pernah juga aku bertanya pada diri aku sendiri, "Kenapa aku masih belum jumpa pendengar segala masalah aku pula?". Sebab itu, aku lebih suka "happy"kan diri aku sendiri. Keluar dan menggila bersama kawan atau aku buatlah kerja yang bodoh dimata orang berpendidikan walau aku sendiri dididik dengan pelajaran. Bodohkah aku?

Semenjak akhir-akhir ini, aku susah untuk membuat keputusan, semakin aku rapat dengan dunia luar yang gelap, semakin aku rasa diri aku tidak bermaya. Hampir hilang segala kemanisan dengan kawan-kawan. Apa yang aku fikirkan hanyalah bagaimana untuk aku terus hidup di dunia ini dengan segala macam tawaran yang diberikan. Mungkin dulu, aku cuma bangun tidur, makan, minum, kawan telefon dan keluar berseronok, kemudian "enjoy" lagi dan hidup gembira. Tapi sekarang, aku sentiasa teringat tentang masalah-masalah dan segala perkara yang menghalang aku untuk berjaya. Perlukah aku hidup dalam kesusahan? Seingat aku, aku bukan jenis yang suka susah. Aku bencikan susah.

Mungkin aku masih muda, tapi tidak bermakna aku masih mentah. Kehidupan aku yang kucar-kacir mengajar aku erti bahawa hidup ini tidak semudah seperti yang disangka. Kadang-kadang, aku terpaksa pasrah dengan apa yang berlaku. Aku tidak ragu-ragu untuk memutuskan perkara yang paling penting dalam hidup aku. Cumanya sekarang ini, tiba-tiba aku rasa diriku buntu. Aku belajar dari kesilapan orang lain, aku belajar bagaimana untuk hidup dalam dunia yang mungkin kamu sendiri tidak tahu apakah dunia itu. Wajarkah aku beritahu?

Aku masih ingat lagi, terlalu ramai yang aku kenal dalam usia aku yang masih muda. Aku cuba untuk mendalami setiap kehidupan mereka supaya aku dapat menyesuaikan diri bila masanya tiba. Aku keliru memikirkan, kenapa aku tidak dilahirkan seperti mereka? Tapi aku faham, pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yakin, masanya akan tiba bila aku pula yang berkuasa. Bukan bermaksud aku ini menjadi ketua, tetapi berkuasa dengan harta yang mampu membeli setiap orang di dunia.

Aku tidak punya pendengar yang setia, apa yang aku ada hanyalah papan kunci laptop ini dan sebuah laman web untuk aku menaip sekadar sebuah entri yang tidak bererti bagi kamu tapi penuh bermakna bagi aku. Sekian :>