disable right click

Wednesday, March 30, 2011

Masa dan Cinta

Lokasi : Cafe Kolej
Masa : 1.59 PM


Haih, boring menunggu masa berlalu untuk kelas seterusnya. Ikut hati nak saja balik dan tidur. Tapi sengaja aku pergi men"online"kan diri aku untuk membuang masa. Puas melayari "facebook" yang kerap dikunjungi remaja sekarang, aku terbaca satu ayat yang mungkin biasa bagi orang lain tapi tidak bagi aku.

"Hanya kematian yang mampu memisahkan kita."

Meremang bulu roma aku baca, sampai begitu sekali tahap percintaan seseorang. Jadi macam mana pula kalau tiba-tiba salah seorang mati? Adakah yang masih hidup dapat meneruskan kehidupan? Kalau masih hidup pun sudah cerita pasal mati. Haih.

Betul ke cinta sejati ini ada? Ramai ke orang yang pernah melalui cinta sebegini? Bagi aku, cinta sejati tak pernah ada. Aku mengklasifikasikan cinta yang bahagia jika pasangan itu baru memulakan cinta mereka. Selalu aku nampak, orang yang sudah lama bercinta, bercinta seperti biasa. Tiada yang luarbiasa, kecuali tempoh mereka bercinta. Ada yang lebih dari 5 tahun, ada yang lebih dari 10 tahun. Pelik.

"Masa, masa, masa! Cepatlah berlalu."

Tuesday, March 29, 2011

Tua, satu subjektif yang aku benci.

Selalu aku berfikir, bolehkah manusia hidup abadi? Selamanya muda dan tidak akan "TUA". "TUA" adalah satu perkataan yang berkait dengan tempoh hayat, umur, keadaan fizikal, pemikiran dan macam-macam lagi. Ahh, aku paling benci dengan perkataan "TUA"!. Sengaja aku pasang lagu Never Grow Old - The Cranberries dan Young Forever - Jay-Z ft. Mr. Hudson. Ulang-ulang aku dendangkan, memahami setiap bait lirik yang penuh bermakna. Aku lebih rela kekal berumur 16 tahun sepanjang hidup. Hurmm.

'Forever young'
'I hope you stay'
'Forever young'
'Do-do-do-do...'

Lagu penuh makna tersirat. Aku tidak kisah jika aku mati ketika aku muda, aku tidak kisah jika aku tidak merasa apa itu "TUA", yang penting aku menikmati zaman aku muda. Ketika inilah setiap insan yang bergelar remaja menghabiskan masa dengan berhibur dan berseronok. Dan pada ketika inilah, setiap orang "TUA" yang ada sekarang akan selalu teringat. Memori mereka yang paling indah, yang paling bermakna.


Ya, kebahagiaan, perpisahan, pertelingkahan, akan sentiasa berlaku. Tiada insan yang sempurna kerana Tuhan ciptakan kita Maha Adil.

'I had a dream'
'Strange it may seems'
'It was my perfect day...'

Lagu ini berulang lagi, ahh, betapa aku terpesona dengan lirik dan alunan muziknya. Alangkah indah jika dunia ini sentiasa gembira tanpa unsur kebencian. Semua orang menghormati dan menyukai sesama lain. Bayangkanlah. Keluarga tiada masalah, tiada perceraian, tiada keganasan, tiada kebencian. Dunia akan lebih aman, setiap orang saling memahami. Tidak mustahil Tuhan akan berikan kehidupan yang kekal abadi.

Friday, March 25, 2011

Pakcik dan mesin rumput.

Aku duduk rumah flat, bila masa pula ada bunyi mesin rumput ni? Rase macam dekat kampung pula. Aku jenguk ke bawah dari rumah aku (tingkat 4). Nampak pakcik mana entah sedang menolak mesin rumput. Aku fikir, ini mesti kes teringin nak duduk rumah banglo, petang-petang mesin rumput dekat halaman rumah. Banyak sangat tengok "movie" pakcik ini.

Hari-hari aku, aku lalui dengan rutin. Bangun tidur terus menghadap papan kekunci buruk ini dan melihat kalau-kalau ada e-mail yang masuk. Tiada apa yang menarik pun, cuma aku gembira bila aku pasang lagu yang aku suka dengar dan membaca Kosmo Online sekadar ingin tahu apa yang terjadi dengan dunia luar. Kalau tidak puas hati, aku akan buka Utusan Online, kalau tidak puas juga, CNN atau BBC semua aku buka. Sekarang segala macam maklumat di hujung jari, cuma sahih atau tidak itulah yang ingin dipastikan.

Bunyi mesin rumput datang lagi, haih, pakcik ni seronok mesin rumput nampak? Siap berpusing-pusing sorang-sorang. Haha. Gelagat orang, memang seronok untuk diperhatikan. Kadang-kadang, aku boleh menghabiskan masa di kedai mamak sekadar untuk memerhatikan gelagat manusia. Macam-macam fi'il aku lihat. Ada yang kelakar, ada yang serius.

Letih untuk menulis, tapi aku tak pernah penat untuk berfikir. Macam-macam yang difikirkan, kalaulah ada alat yang boleh merekod apa yang bermain dalam fikiran aku. Sudah pasti, memori yang diperlukan melebihi teknologi yang ada. Itulah ciptaan tuhan, setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Bunyi mesin rumput sudah tiada, rasa aman telinga aku. Arghh, baru aku tulis. Dia berbunyi balik. Celaka. Baik aku blah.

Thursday, March 24, 2011

A chance for us to learn.


Hidup ini penuh suka dan duka, sedih dan gembira, sihat dan sakit, atas dan bawah. Sama seperti roda, bukan selalu kita diatas. Usia aku yang muda tidak pernah menjadi satu alasan untuk aku menghadapi segala-galanya. Aku pernah berpisah dari keluargaku, aku pernah hidup terseksa dikala remaja lain menghabiskan hari-hari mereka dengan hiburan.

Kini, dalam usia yang muda, banyak pelajaran dan pengajaran yang aku tempuhi. Aku kehilangan kawan dalam kemalangan, aku melihat kawan aku menderita dalam penjara. Aku melihat macam-macam perkara disekeliling aku. Setiap apa yang berlaku, aku jadikan pedoman bagi diriku.

Bukan senang untuk percaya kepada orang seperti aku, masih muda dan aku sendiri menganggap diriku masih mentah walau aku tahu apa yang aku lalui selama ini tidak pernah disangka oleh sesiapa pun. Cukuplah dengan apa yang aku lihat, aku bersyukur kerana aku masih mampu berdiri dan menikmati kehidupan aku seperti orang lain dan hidup selesa tanpa perlu bersusah-payah.

Hargailah apa yang kamu ada, dan nikmatilah ia sebaik mungkin kerana hidup ini hanya sementara.

Friday, March 18, 2011

Kebebasan bersuara katanya

Lama tidak bersuara, bukan bererti aku sudah bosan dengan papan kekunci bodoh ini. Tapi aku lebih senang berborak dengan orang sekeliling dan meluahkan pandangan aku terhadap sesuatu keadaan.  Baru sahaja terbaca surat khabar bertarikh 18 Mac, "Blogger bukti rakyat bebas bersuara".

Antara isi-isinya yang aku highlite, "Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu."


And wtf is that all about? Kalau setakat 2 Juta blogger yang ada adalah "personal blogger", "gossip blogger" dan sewaktu dengannya, janganlah kata itu kebebasan bersuara, itu semestinya bebas. Tapi bagaimana pula dengan blog persendirian seperti Kickdefella yang pernah ditangkap kerana dituduh menghasut mengibarkan bendera Malaysia terbalik. Adakah itu kebebasan bersuara? Sekarang aku nampak blog kickdefella ini hanya memprovokasi pembangkang. Mungkin sebab itulah dia selamat, apa kata ada blogger "persendirian" yang lain memprovokasi kerajaan sehabis mungkin? Tak mustahil masuk ISA terus. Kan?

Tuesday, March 8, 2011

Bercuti di Pantai Puteri, Melaka


Hari jumaat lepas, hari yang menceriakan bagi aku. Seronok dapat keluar dari KL dan bercuti ke Melaka. Tenangkan fikiran dan menikmati keindahan pantai di Pantai Puteri, Melaka. Perjalanan bermula pada jam 8.30 PM bersama 4 orang kawan-kawan aku yang masih berjiwa kanak-kanak. Haha.

At Jonker Walk near A'Famosa

Penat berjalan seharian walaupun cuaca panas, habis kami pusing kawasan ini. Teruja nak tengok lagi banyak kedai dan makanan di sini.

Friday, March 4, 2011

Pantai, pasir dan pisah.

5.40 AM
Hari Kelima


Hari-hari aku kini berjalan lancar dan indah seperti yang aku harapkan. Aku masih lagi berhibur seperti biasa, dan hari ini aku merancang ke Melaka untuk bercuti. Bosan dengan suasana bandar di Kuala Lumpur yang sesak dan hanya penuh dengan bangunan sahaja. Langsung tiada hijau. Bosan.

Fikir pasal Melaka, walaupun dekat sahaja, tapi aku sudah nampak pantai, ombak, kampung, dan makanan laut. Cukup tiga hari untuk menenangkan jiwa dan bergembira bersama kawan. Aku tiba-tiba teringat pada kawan-kawan lama aku dari kecil. Lebih 10 kali aku berpindah-randah dan ramai sudah yang aku kenal. Kadang-kadang aku tidak pernah ingat pun muka diorang. Kadang-kadang nama pun aku lupa.

Aku tak pernah menangis bila berpisah, sudah biasa dari kecil. Even ibubapa aku berpisah. Aku lebih suka pergi ke tempat baru dan kenal dengan orang baru. Kalau aku tinggal di sesuatu tempat lama-lama, macam-macam boleh berlaku sebab hubungan yang terlalu rapat selalunya akan mendatangkan masalah. Datang, kenal, enjoy, kenal, pergi. Ini lagi bagus dari, datang, kenal, rapat, enjoy, kenal, masalah, pergi. Kan?

Semua orang makin dewasa, dan semuanya pasti akan membiasakan diri dengan perpisahan.