disable right click

Friday, March 18, 2011

Kebebasan bersuara katanya

Lama tidak bersuara, bukan bererti aku sudah bosan dengan papan kekunci bodoh ini. Tapi aku lebih senang berborak dengan orang sekeliling dan meluahkan pandangan aku terhadap sesuatu keadaan.  Baru sahaja terbaca surat khabar bertarikh 18 Mac, "Blogger bukti rakyat bebas bersuara".

Antara isi-isinya yang aku highlite, "Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu."


And wtf is that all about? Kalau setakat 2 Juta blogger yang ada adalah "personal blogger", "gossip blogger" dan sewaktu dengannya, janganlah kata itu kebebasan bersuara, itu semestinya bebas. Tapi bagaimana pula dengan blog persendirian seperti Kickdefella yang pernah ditangkap kerana dituduh menghasut mengibarkan bendera Malaysia terbalik. Adakah itu kebebasan bersuara? Sekarang aku nampak blog kickdefella ini hanya memprovokasi pembangkang. Mungkin sebab itulah dia selamat, apa kata ada blogger "persendirian" yang lain memprovokasi kerajaan sehabis mungkin? Tak mustahil masuk ISA terus. Kan?


Ada juga blog lain yang anti-kerajaan, tapi itu hanyalah blog-blog untuk berkempen dan tidak mungkin kerajaan akan tangkap pemilik blog itu, konspirasi lah ia jika ditangkap. Ahh, sudahlah dengan propaganda kerajaan. Aku masih muda, generasi aku adalah generasi modal insan yang akan mentadbir negara pula tidak lama lagi. Tapi apa ada dengan kerajaan sekarang yang hanya tahu menaikkan harga minyak tanpa memikirkan kesan kepada rakyat.

Ya, jika berdasarkan statistik bodoh yang mengatakan rakyat masih mampu menampung perbelanjaan minyak yang semakin meningkat. Maka bodohlah kerajaan kerana apa maksud slogan ini "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Tiada langsung istilah rakyat didahulukan yang aku rasa dalam diri aku.

Ahh, lagi bodoh aku rasa sebab dapat pula PM si Najib yang di"queen control"kan. Terlalu banyak sudah berita dan macam-macam lagi cerita berkenaan isterinya si Rosmah Mansor yang mengamalkan ilmu hitam lah, mengawal PM la, dan banyak konspirasi-konspirasi yang dikorek oleh "unknown". Alah, korang google kan je. Cerita macam ini takkan keluar kalau "bikmama" tak buat apa-apa yang salah kan? Mustahil ini kerja pembangkang? Sebab apa, 5 orang isteri PM sebelum ini tidak pernah pun ada masalah. Sampai pada "bikmama", macam-macam ada. Bukan nak percaya, tapi lihat sendiri video ini.




Bukan susah nak cari cerita pasal "bikmama", senang je. Yang penting sebelum kita sebagai individu ingin mempercayai sesuatu benda, bukakan fikiran terlebih dahulu dan fikirkan mana yang baik dan buruk. Kalau perasaan kata boleh menanggung risiko itu, teruskan. Macam yang saya baca hari ini, kebebasan bersuara katanya.

No comments:

Post a Comment