disable right click

Saturday, July 23, 2011

Esok adalah realiti aku

Esok aku akan jadi lebih laju, mengejar apa yang aku impikan. Sesuatu yang aku pasti akan kecapi tanpa sesiapa dapat menghentikan aku. Mungkin aku akan jatuh dan terlupa, tapi aku tetap akan ingat jalan menuju impianku.

Esok aku akan jadi lebih bijak, menjawab segala pertanyaan diriku sendiri. Menyelesaikan masalah aku yang datang menimpa. Tanpa aku sendiri sedari yang aku berada dalam dunia yang asing tanpa kehidupan yang nyata.

Realiti berlari jauh tanpa menoleh ke belakang. Itu kalau aku terus setia dengan fantasi yang aku cipta sendiri.

Thursday, July 21, 2011

"realiti jika kita tak pernah mengerti..." - pasto

Aku punya suka aku nak buat apa! Mungkin aku nampak bodoh, tapi aku bukan seorang yang mudah membuat silap kecuali jika aku betul-betul tersilap. Kau siapa ingin kawal aku?

Kehidupan aku, aku yang tentukan. Bukan untuk kau suka-suka ingin aku ikut kesukaan kau. Cuba belajar menerima dan membuka minda! Bodohlah aku kalau begitu!

Aku tak pernah kisah jika kau ingin lakukan apa yang kau mahu, tapi jangan sesekali kau ganggu aku yang cuba berseronok dengan kehidupan dan alam aku. Aku masih muda, aku belum berkahwin, aku belum ada tanggungan, aku bukanlah penanggung dan juga pak turut segala kemahuan kau.

Realiti kehidupan ialah, kau dan dunia kau. Kita bergembira selagi ada masa dan terus ketawa sampai bila-bila. Dunia jadi serabut dan kecoh jika kau tak pernah puas dengan apa yang kau ada. Sungguh, mungkin aku tersilap kali ini. Tapi aku akan cuba betulkan kesilapan aku.

Tuesday, July 5, 2011

Permainanku.

Mainan perasaan aku mulakan, hampir mengena pancingan.
Puas berkata dua, bersirat tiga, mengharap sentuhan hati menusuk jiwa.
Hijab halangan aku redah, senyuman manis mudah ku teroka.
Kalau tak bulan aku sampai, cukup sekadar bintang dapatku gapai.

Seribu pemikiran puas kufikirkan, apa terjadi kalau aku teruskan? Masih ada ruang untuk seorang penagih? Mungkin akan tertangkap kerana kesilapan, mungkin akan jatuh kerana perbuatan.

Permainan tetap aku teruskan, mungkin mata kailku putus,
Mungkin harus berterus terang, biar difahami senang,
Mungkin masih ada halangan, hanya senyuman palsu diberikan,
Kalau begitu, bukan setakat bintang, langit pun aku terhalang.

Friday, July 1, 2011

RM50 untuk 3 hari yang indah.

5 hari sudah berlalu selepas 3 hari yang indah itu. Buat kali kedua, aku jumpa kembali dalam "group" yang sama. Tapi jarang sekali untuk bertemu di kolej. Hairan. Hari pertama aku bersama "mereka", aku cuba untuk menakluk hati masing-masing. Setiap kali aku berjumpa "dia" dari semester 1, pasti dalam hati aku bertanya, "kenapalah dia ni susah ditegur?". Atau aku sebenarnya yang penakut tapi belagak berani. Cehh.

Hari kedua, aku sungguh-sungguh tunjukkan usaha dan peribadi aku pada "dia". Berharap agar bulan jatuh ke riba, ouh, tidak sama sekali. Nampak gaya sahaja begitu, aku tak mahu benda yang sama jadi dua kali. Memang sekejap, tapi sakitnya, lebih sakit dari ditikam belakang. Baik aku undur diri dulu sebelum aku terkena penyakit yang aku sendiri tak tahu nanti.

Malam hari kedua, aku cuba berikan klu agar "dia" sedar apa itu dalam hati aku. Tapi mungkin dia sudah biasa, dan cuba untuk buat biasa agar diri dia tak jatuh disambut aku. Termenung lagi aku seorang diri, jadi kayu yang asyik nak bodohkan diri sendiri.

Aku cuba untuk nafikan diri sendiri, "ahh, kau tu suka perempuan cantik je!", tapi macam mana pula kalau sudah begini?

3 hari yang indah, berakhir dengan penutup bodoh yang menyakitkan...

p/s ; blog adalah hati aku, blog adalah perasaanku