disable right click

Wednesday, March 13, 2013

3 Lagi. Hati, Perasaan & Akal.

Bila hati dan perasaan duduk sebelah-sebelah. Mereka pandai bercerita.

Hati cakap, "Aku dah tersangkut dekat hati dia la."
Perasaan jawab, "Aku pun dah mula rasa perasaan sayang dekat dia. Aku takut kalau 'sayang' aku ni diperkotak-bodohkan."

Hati dan perasaan, dua-dua tiada pilihan lain.

Kalau hati 'lari' dari tempat dia tersangkut dan terkurung, mungkin dia akan luka. Mungkin masa 'lari' ada duri dan semak yang akan dia redah. Kan bahaya tu?

Perasaan pula? Masalahnya perasaan sudah terbit rasa sayang. Perasaan tak kuat. Perasaan tak boleh buang rasa sayang. Nanti perasaan jadi gila, jadi sedih, jadi mati. Perasaan tak mahu mati lagi.

Sekarang berharap pada akal. Akal saja yang masih boleh berfikir sekarang. Hati dan perasaan masih bergantung pada akal.

"Hi Akal, kau ada apa-apa nak cakap?"

Akal, "Aku tak ada apa-apa nak cakap. Aku biar saja hati dan perasaan buat keputusan sendiri dulu. Aku disini cuma pantau. Aku tahu mana yang baik dan buruk untuk hati dan perasaan. Jangan risau, aku masih ada disini. Melihat hati dan perasaan jauh dihujung fikiran mati.