disable right click

Friday, March 25, 2011

Pakcik dan mesin rumput.

Aku duduk rumah flat, bila masa pula ada bunyi mesin rumput ni? Rase macam dekat kampung pula. Aku jenguk ke bawah dari rumah aku (tingkat 4). Nampak pakcik mana entah sedang menolak mesin rumput. Aku fikir, ini mesti kes teringin nak duduk rumah banglo, petang-petang mesin rumput dekat halaman rumah. Banyak sangat tengok "movie" pakcik ini.

Hari-hari aku, aku lalui dengan rutin. Bangun tidur terus menghadap papan kekunci buruk ini dan melihat kalau-kalau ada e-mail yang masuk. Tiada apa yang menarik pun, cuma aku gembira bila aku pasang lagu yang aku suka dengar dan membaca Kosmo Online sekadar ingin tahu apa yang terjadi dengan dunia luar. Kalau tidak puas hati, aku akan buka Utusan Online, kalau tidak puas juga, CNN atau BBC semua aku buka. Sekarang segala macam maklumat di hujung jari, cuma sahih atau tidak itulah yang ingin dipastikan.

Bunyi mesin rumput datang lagi, haih, pakcik ni seronok mesin rumput nampak? Siap berpusing-pusing sorang-sorang. Haha. Gelagat orang, memang seronok untuk diperhatikan. Kadang-kadang, aku boleh menghabiskan masa di kedai mamak sekadar untuk memerhatikan gelagat manusia. Macam-macam fi'il aku lihat. Ada yang kelakar, ada yang serius.

Letih untuk menulis, tapi aku tak pernah penat untuk berfikir. Macam-macam yang difikirkan, kalaulah ada alat yang boleh merekod apa yang bermain dalam fikiran aku. Sudah pasti, memori yang diperlukan melebihi teknologi yang ada. Itulah ciptaan tuhan, setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Bunyi mesin rumput sudah tiada, rasa aman telinga aku. Arghh, baru aku tulis. Dia berbunyi balik. Celaka. Baik aku blah.

No comments:

Post a Comment