disable right click

Friday, March 4, 2011

Pantai, pasir dan pisah.

5.40 AM
Hari Kelima


Hari-hari aku kini berjalan lancar dan indah seperti yang aku harapkan. Aku masih lagi berhibur seperti biasa, dan hari ini aku merancang ke Melaka untuk bercuti. Bosan dengan suasana bandar di Kuala Lumpur yang sesak dan hanya penuh dengan bangunan sahaja. Langsung tiada hijau. Bosan.

Fikir pasal Melaka, walaupun dekat sahaja, tapi aku sudah nampak pantai, ombak, kampung, dan makanan laut. Cukup tiga hari untuk menenangkan jiwa dan bergembira bersama kawan. Aku tiba-tiba teringat pada kawan-kawan lama aku dari kecil. Lebih 10 kali aku berpindah-randah dan ramai sudah yang aku kenal. Kadang-kadang aku tidak pernah ingat pun muka diorang. Kadang-kadang nama pun aku lupa.

Aku tak pernah menangis bila berpisah, sudah biasa dari kecil. Even ibubapa aku berpisah. Aku lebih suka pergi ke tempat baru dan kenal dengan orang baru. Kalau aku tinggal di sesuatu tempat lama-lama, macam-macam boleh berlaku sebab hubungan yang terlalu rapat selalunya akan mendatangkan masalah. Datang, kenal, enjoy, kenal, pergi. Ini lagi bagus dari, datang, kenal, rapat, enjoy, kenal, masalah, pergi. Kan?

Semua orang makin dewasa, dan semuanya pasti akan membiasakan diri dengan perpisahan.

No comments:

Post a Comment