disable right click

Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Dilemma

Saat kau sudah belajar dari kesilapan, takkan kau mahu ulang lagi, kan? Berbicara memang mudah, tapi realitinya? Kau pedih, hilang arah.

 "Tak apa, aku sakit tak apa, yang penting 'dia' tak sakit." 

Mudah bukan. Apa yang kau maksudkan dengan 'dia'? Siapa 'dia' yang kau rasa kau perlu berkorban?

Selepas puas bermain cinta, kau bangga ber'eksperimen' dengan cinta, kau suka bila orang puja. Sekali bila buku bertemu ruas, langit bertemu bumi, baru kau tau apa itu erti menyesal dan sedar diri. 

"Cukup sekali, memang pedih, perit. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku harung 'kisah' sedih itu."

Tuhan tak jadikan kawan untuk suka-suka. Kawanlah yang kau ada ketika kau susah. Tapi kau selalu lupa, lupa bahwa dalam kamus, kawan itu bermaksud ; taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, dll. - Tesaurus PRPM

Kau mudah lupa, kau mudah suka. Yang sakit kau lupakan, yang baru kau suka, kan? Sekali bila jadi lagi, nah, baru padan dengan muka kau.

Sedarlah, hidup bukannya boleh mengikut apa yang kita mahu.

"Sometimes, you just have to let it go cause chasing it wouldn't change anything" - Ell, 2012

Saturday, April 9, 2011

Monolog Aku - Salah kau Protagonis!

Kan dah cakap, ini bukan kali pertama kau begini. Masuk ini sudah kali "keberapa", dan kau masih anggap diri kau hebat? Oh tidak, simpan sajalah impian kau itu Protagonis! Jangan ingat dia boleh terima kau senang-senang saja. Setiap benda yang kita mahukan di dunia ini ada bayaran dia. Cukuplah dengan yang ini, kau tidak payahlah mahu bersungguh-sungguh konon kau boleh buat!

Jadikan apa yang berlaku pada kau sebagai pengajaran kepada kau yang mudah lupa. Kau lupa sejarah kau, kau memang lupa terus! Apa kata kau hidup saja dalam dunia kau itu? Kan lebih seronok, tiada apa yang menekan kau. Tiada apa yang menyusahkan kau.

Semua orang gembira terhadap kau dan hari-hari sosial kau. Bodoh lah kau, sebelum kau jadi lebih teruk macam dulu, baik kau tarik diri! Dia tak wujud dalam dunia kau, kau adalah kau! Semua orang tahu siapa kau, tapi bukan dia! Betul apa orang cakap, "Gadis yang baik, hanya untuk lelaki baik" dan mustahil itu adalah kau. Ketawa aku jika itu kau, hahaha!

Permainan ini, kau yang mulakan, jadi kau yang harus habiskan! Protagonis!!! Jangan kau pentingkan diri kau sendiri. Ingat, karma itu ada. Kerana karma lah yang akan menghukum kau. Aku benarkan kau kawal diri kau kerana aku percaya pada kau Protagonis, tapi kalau kau berterusan begini, bukan setakat diri kau, aku rasa aku terpaksa rampas kebahagiaan kau dan kembalikan masa lampau kau! Bodoh punya Protagonis!

Monday, April 4, 2011

Monolog Aku - Si Antagonis dan Protagonis

Si Antagonis (Fantasi)

Bila jiwa terlalu kreatif, habis semua hendak dicuba. Apakah? Sudah tahu pokok itu ada bajanya, masih mahu jadi parasit dan membiak sesuka hati. Lama-lama, parasit itu akan dibunuh juga, dibuang kerana siapa mahu melihat pokok yang dikelilingi parasit hijau yang setia menagih simpati.

Cukuplah dengan kebahagiaan orang lain, jangan diganggu kerana apa yang kau dapat hanya sementara. Bodoh, kerana jiwa yang kreatif lah, kau binasa. Cuba lupakan sebentar angan-angan kau itu? Apa faedah yang kau dapat jika terus begini? Kau yakinkah yang kau mampu mencipta satu lagi ruang kosong dalam satu tempat yang kau sendiri sudah tahu ada penghuninya? Untuk berkongsi, jauh panggang dari api.

Cuba kau teruskan sahaja dengan cara hidup kau yang lapuk itu, bergembira dan buat apa yang kau suka. Dari kau jadi Si Protagonis yang semua orang tahu, tak mungkin kau akan berjaya. Haha, bodoh! Padahal masih ada lagi jalan yang kau boleh pilih, kau pilih juga jalan yang tiada cerita penghujungnya. Kau tahu yang penghujungnya hanyalah sebuah cerita sedih yang kau reka sendiri untuk diri kau yang membosankan. Bodoh!


Si Protagonis (Realiti)

Apa aku boleh buat? Aku terjatuh cinta dengannya? Sengaja aku anggap sebagai kawan untuk aku sayang. Aku tahu aku bersalah, aku sendiri tidak mahu ini terjadi. Tolonglah aku Antagonis, aku merayu kau! Aku sudah penat untuk berfikir, apatah lagi dikecewakan. Tapi jauh dalam hati aku, aku ingin setia menunggu dia yang aku sendiri tidak tahu sampai bila.

Aku tahu aku bodoh, tapi apa lagi cara yang aku boleh buat Antagonis? Apa yang kau boleh cadangkan untuk aku lakukan? Kau mahu aku berlagak tidak tahu, padahal dalam hati ini, perasaan rindu aku hanya tuhan yang tahu. Salah aku juga kerana tiba-tiba membenarkan dia perlahan-lahan mengisi ruang dalam hati aku. Tapi bukan aku sengaja, aku parasit dalam hal ini, dan memang itu tugas aku.

Argh, apa yang perlu aku buat??? Cuba sesiapa tolong jelaskan pada aku, aku bukanlah pakar. Aku umpama penggunting rambut, mungkin rambut orang aku boleh buat macam-macam stail. Tapi tidak rambut aku. Sesiapa, tolonglah aku...