disable right click

Tuesday, February 22, 2011

Kehidupan dalam Hitam dan Putih

5:14 PM
Selasa
Tajuk : Kenapa aku sayang blog aku?


Burger McD yang aku beli tadi masih lagi tinggal setengah di atas mejaku. Susah untuk aku habiskan dengan fikiran yang bercelaru. Kusedut air coca-cola sedikit demi sedikit, memikirkan kenapa aku sayang blog aku. Sepuluh minit sudah berlalu, hanya burger, air coca-cola yang sudah habis dan skrin laptop yang masih kosong. Hurm.

Hitam, kelabu dan putih. Sengaja aku letakkan warna kusam sebagai tema kerana hidup kita hanya akan bermakna setelah diwarnakan. Aku mengambil kira segala aspek kesempurnaan dan penelitian walau aku tahu aku sendiri tidak sempurna. Samalah seperti rumah baru yang hanya berdinding putih dan berlantai simen kelabu hanya akan meriah jika sudah dicat.


Dalam blog ini, semua yang aku lakukan adalah secara sengaja. Bukan aku mahu untuk menulis dengan tatabahasa dan ayat yang skema, tapi aku rasa lebih selesa jika kamu membaca tanpa kejijikan. Cukuplah dengan perkataan ringkas dalam kehidupan seharian aku. Hanya blog ini yang sanggup melayan ke-skema-an aku.

Aku gembira bila dapat menulis entri, bukan ku harap untuk orang lain baca. Tapi cukup sekadar aku dapat mengimbas kembali kenangan aku. Perlahan kupasang lagu Estrella untuk menikmati keindahan di hari ini. Sukar untuk aku menulis jika teringat Yuyu Zalikha yang berkulit putih gebu tersenyum. Lirikan matanya sahaja menyebabkan aku tersipu-sipu malu sendirian di depan papan kekunci laptop ini.


Banyak masa aku yang terluang kuhabiskan dengan blog ini, aku biarkan diriku mengelamun memikirkan idea setiap kali aku menulis. Kerana blog semata-mata, aku tidak tidur sehingga satu hari. Begitulah kenapa aku sayangkan blog ini, blog bodoh tanpa pendapatan yang aku kunjung dan tengok setiap hari.

Aku bukan tidak sayang kau blog, tapi aku masih punyai kehidupan aku sendiri. Kau pula, hanyalah makhluk alam maya yang tidak bernyawa.

Award Nazmie, Benazir Japiril dan Azza Taidin, kenapa kamu sayang blog kamu?

No comments:

Post a Comment