disable right click

Friday, February 18, 2011

Yang leka akan terus terlupa.

Habis berpusing kepalaku memikirkan permainan yang aku mulakan. Adakah ada cerita penutup yang setia? Kerana bila hati sudah tidak percaya cinta, semuanya akan jadi merepek. Yang leka akan terus terlupa. Bukan mudah untuk menyeka airmata yang jarang mengalir kerana airmata seorang lelaki untuk wanita adalah sesuatu yang terlalu berharga untuk disentuh.

Mungkin pada dasar luarnya, aku nampak gembira. Tapi jauh di dalam hati, siapa yang tahu? Masa akan merubah segalanya, merubah apa yang aku telah lalui menjadi satu pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, kerana di sebalik duka sentiasa ada sesuatu yang menunggu kita.

Hanya alunan sayu gitar menemani diriku saat aku duduk sedih dan sepi teringat mu. Puas sudah lagu aku cipta untuk meluahkan perasaan yang berbelah-bahagi di dalam diri ini. Cukup lah sudah sengsara yang kau ciptakan untukku, cukuplah sudah penghinaan yang kau berikan padaku.

Ahhh, cukuplah sudah dengan permainan kamu! Bukan aku tidak biasa dengan semua ini, tapi sengaja aku layankan perasaan bodoh yang akhirnya memakan diriku sendiri. Apa lah sangat dengan apa yang ada pada dirimu sampaikan aku hampir-hampir termati duduk menjadi bodoh? Biarlah segala memori yang kita cipta dibawa angin yang berlalu pergi sesuka hati.

Biarlah.

No comments:

Post a Comment