disable right click

Saturday, April 9, 2011

Monolog Aku - Salah kau Protagonis!

Kan dah cakap, ini bukan kali pertama kau begini. Masuk ini sudah kali "keberapa", dan kau masih anggap diri kau hebat? Oh tidak, simpan sajalah impian kau itu Protagonis! Jangan ingat dia boleh terima kau senang-senang saja. Setiap benda yang kita mahukan di dunia ini ada bayaran dia. Cukuplah dengan yang ini, kau tidak payahlah mahu bersungguh-sungguh konon kau boleh buat!

Jadikan apa yang berlaku pada kau sebagai pengajaran kepada kau yang mudah lupa. Kau lupa sejarah kau, kau memang lupa terus! Apa kata kau hidup saja dalam dunia kau itu? Kan lebih seronok, tiada apa yang menekan kau. Tiada apa yang menyusahkan kau.

Semua orang gembira terhadap kau dan hari-hari sosial kau. Bodoh lah kau, sebelum kau jadi lebih teruk macam dulu, baik kau tarik diri! Dia tak wujud dalam dunia kau, kau adalah kau! Semua orang tahu siapa kau, tapi bukan dia! Betul apa orang cakap, "Gadis yang baik, hanya untuk lelaki baik" dan mustahil itu adalah kau. Ketawa aku jika itu kau, hahaha!

Permainan ini, kau yang mulakan, jadi kau yang harus habiskan! Protagonis!!! Jangan kau pentingkan diri kau sendiri. Ingat, karma itu ada. Kerana karma lah yang akan menghukum kau. Aku benarkan kau kawal diri kau kerana aku percaya pada kau Protagonis, tapi kalau kau berterusan begini, bukan setakat diri kau, aku rasa aku terpaksa rampas kebahagiaan kau dan kembalikan masa lampau kau! Bodoh punya Protagonis!

2 comments:

  1. bestnya ayat awk :) menulis ke? sharing bole?

    ReplyDelete
  2. ahah, boleh. no problem :D i suke menulis bile ade mase je :D

    ReplyDelete