disable right click

Thursday, January 10, 2013

2013

Ku kira, ini tulisan pertamaku untuk 2013. Kasihan kau, tertinggal di hari ke sepuluh (10).

Positif, minta, dan tunggu. Jangan fikir, cuma tunggu dan tanpa sedar, ia datang.
Mahu dikata, takut berubah. Diberi sebaris dua, harap dia tak kisah. Mungkin tunggu cahaya, tunjuk selok, jangan tersalah belok.

Kejar di depan, laju di kanan. Bukan senang mahu bagi peluang. Cuba statik, lihat dia datang merisik.

"375 hari."

2013 bukan mudah dijangka, tapi apa salah bila meminta?
Cuma itulah, kata dua bukan senang diduga. Bicara 'kita' boleh kau baca? *ketawa

1 Februari penentu masa. Mengharap disatu, jangan dipisah kalau begitu. Aneh. Aneh.
Impian disusun tanpa dirancang. Mencuba nasib. Jangan pula mata putih tak berkelip. Susah. *senyum

2011 Kau senyum, berkongsi keindahan memberi ku harapan. Mana pula pergi 2012? Dua kali aku jatuh, Kau senyum, tapi sinis.

"Bukan kebetulan kan?"
Kalau dikira, 2012 - Dua (2) kali jatuh, pada umur 21. 2012 diterbalikkan? 2102 -> 21.02.

Jangan difikir apa yang negatif. 2013 pembawa tuah, hanya menceduk nasi dan kuah. Mudah, kan?


No comments:

Post a Comment