Biasalah, bukan manusia kalau tiada masalah. Bukan juga hidupan kalau tiada halangan. Cuba untuk berfikir, betulkah hidup ini akan menjadi bosan jika setiap hari, hidup gembira? Hurm. Aku masih lagi berfikir, kenapa semenjak akhir-akhir ini aku kerap didatangi masalah? Mahu menyalahkan orang lain, tidak mungkin, sebab aku tahu ianya tidak mungkin akan menjadi masalah kalau aku sedar dari awal lagi.
Ya, aku impikan hidup yang gembira tanpa perlu berfikir tentang orang lain. Aku perlu meluangkan masa aku bergembira seperti dulu ketika aku masih lagi hidup dalam dunia aku. Biarlah orang sekeliling cemburu dengan aku, biarlah orang sekeliling suka dengan aku. Yang penting, hidup aku penuh dengan kegembiraan.
Sebenarnya, saat aku membuka blog aku ini, aku sendiri sudah sedar yang aku cuba meluahkan perasaan ganjil aku sendiri. Kalau tidak, mesti aku sudah lupakan blog haru-biru ini. Kan? "Minta maaf blog, aku tahu kau tak ada perasaan, jadi apa salahnya aku meluah dekat kau." "Bodoh, kenapa aku minta maaf? Padahal blog tiada perasaan." Kan bagus kalau aku tiada perasaan?
Monday, February 14, 2011
Sunday, February 13, 2011
Monolog Aku
Betulkah hati aku ini masih boleh diubati? Betulkah apa yang bermain cuma perasaan bila keseorangan? Kadang-kadang aku fikir, aku ini bodohlah. Masih lagi tersekat dalam permainan luarbiasa yang aku sudah biasa. Bodoh.
Bodoh. Hakikat aku sudah jatuh cinta memang ada, tapi aku cuba untuk tolak perasaan aku sendiri. Bodoh. Terhegeh-hegeh inginkan dia tapi sendiri sudah tahu yang peluang pun tak ada.
Bodoh. Baik teruskan saja hidup seperti biasa dan bergembira seperti dahulu kala.
Permainan ini aku yang mulakan, tapi sekarang aku yang sengsara menahan sebab kalah. Tapi orang kata, "when a door is shut, doesn't mean that a window didn't open". Ya, peluang masih ada. Mungkin jika aku ikut rentak, segalanya akan kembali normal. Dulu aku tidak pun macam ini. Pelik.
Kehidupan aku kucar-kacir kerana seorang gadis. Mungkin aku nampak gembira di luaran, padahal dalam hati ini sudah rosak, sakit. Aku cari cara untuk bergembira, tapi tidak berjaya. Cukup aku dapat melihat dia tersenyum dan ketawa sudah mampu untuk menyenangkan hati aku.
Kadang-kadang aku hairan dengan diri sendiri, sudah tahu masih lagi menaruh harapan. "Cubalah buka pandangan mata dan hati kau untuk orang lain!, takkan kau masih nak mengharap pada dia, bodoh!" Ya, aku masih mengharap, tapi kali ini aku berharap agar aku dapat menerima dia sebagai kawan, sebagai seorang yang aku kisahkan, aku sayangi dan yang paling penting, dia menghargai aku kembali.
Hanya blog ini peneman setia, bila aku gembira aku lupa blog ini. Kasihan kau, tapi kau tiada perasaan. Jadi, kasihankan lah aku yang terseksa dengan kehidupan di dunia. Jangan kau tinggalkan aku ya. :(

Labels:
Personal
Aku dan Diriku
Kesilapan yang lepas mengajar kita untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Bukan untuk diulangi lagi. Sikap yang menentukan samada kita boleh menerima atau tidak dan sifat itu datangnya dari pemikiran kita samada terbuka atau masih terkukup di ruang masa gelap.
Tak perlu mencari fakta yang sahih asal logik mendahului perbincangan. Hidup huru-hara bukan bermaksud kita sudah tidak bermakna di dunia ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kerana karma sentiasa wujud, buatlah kebaikan yang mungkin dibalas kebaikan.
Anak muda yang masih mencari hala tuju kehidupan sebenar, berfikir, pekerjaan atau pelajaran, keluarga atau kawan, hiburan atau ketenangan? Wang mengatasi segala-galanya, tanpa wang siapa kita. Ya, wang tidak penting, yang penting keluarga dan hidup yang bahagia. Tapi cuba anda jelaskan bagaimana untuk bergembira dan bahagia di dunia yang serba materialistik ini?
Aku kerap menguji kemampuan sendiri untuk melakukan sesuatu yang aku minat mahupun tidak. Kerana aku mempunyai senarai yang aku ingin lakukan sepanjang aku hidup. Mungkin mendaki gunung? Mungkin juga berenang merentasi lautan Atlantik. Letaklah satu tujuan dalam kehidupan anda agar jalan yang ingin dilalui sentiasa berada di depan mata anda.
Aku dan diriku masih lagi terpinga-pinga menunggu masa berlalu.

Life
Saturday, February 12, 2011
Selsema Burung atau Burung Selsema?
Sedikit hingus meleleh ketika aku sedang menaip entri ini. Habis semua tisu dan tuala aku digunakan sebagai pengelap. Entah apa mimpi hidung aku harini nak salesman, eh tak, selsema. Jilaka. Macam mana aku nak menghirup udara segar di pagi hari?
Habis gitar aku kena petik, bunyi entah apa-apa. Kadang-kadang nada sedih yang mengisi ruang bilik aku. Kadang-kadang juga, nada katak menyanyi riang sambil berguling-guling riang pun ada. Hairan, bezanya cuma beberapa tali yang ditekan, tapi bunyi nya bermacam-macam.
Aku pusing lagi bilik aku, nampak kipas disiling berpusing, tapi aku atau kipas sebenarnya yang berpusing. Aku pandang, aku tenung, aku renung, hurmm. Tak boleh jadi ni, aku tanye kipas, "Kipas, awak berpusing ke?", tapi suasana tetap sunyi. Cuma bunyi kipas je berpusing, pergh, pusing kepala aku tengok kipas berpusing.
Selalu bila aku naik motorsikal yang aku guna untuk ke kolej, ke rumah kawan dan ke kedai mamak, mesti akan aku ternyanyi lagu-lagu yang ter"compose" sendiri dalam fikiran aku. Tapi bila aku turun motorsikal, semuanya hilang tiba-tiba. Pelik. Tapi tak apa, aku sendiri sudah mencipta beberapa lagu yang lahir dari jiwa aku. Lebih mudah untuk meluahkan perasaanku. Hurm.

Abstract
Saturday, January 29, 2011
Cinta Palsu
Samada aku busy nak ber-blog atau aku sendiri yang malas nak update blog ni, aku sendiri pun tak tau. Yang pasti, mood aku ber-blog tak constant n datang bile ade mood je. Today rase chill and relax, dekat area rumah aku ni ade majlis orang kahwin. So macam biase la, mesti ada lagu tahun 60-70an kena pasang. Rase tenang je, pastu cuace pun cantik, tak panas tak hujan. Wahhh, a perfect combination to a beautiful life. Jap, ditambah lagi dengan aku sorang je kat rumah, memang terbaik dari ladang la. Ahaha :D.
Actually, sejak akhir-akhir ni, urmm, 2-3weeks ni. Aku "terjatuh" cinta dengan sorang girl ni. Memang rapat ngan dia, tapi masalahnya dia dah ada kekasih hati. Problem is, mase awal-awal aku tanye dia dah ade boyfriend ke tak, dia cakap tak de la apa la. Hati laki mane tak happy bila dengar camtu. Confirm la nak masuk line kan. Tapi lepas kaji punye kaji punye kaji, dia dah ada boyfriend dah. Macam shitt, kenapa la nak tipu aku. Kan elok dia jujur, takyah la menyakitkan hati aku. SUCKS!
Yeah, aku mengaku writer untuk this LOVE BLOG adalah aku sendiri. But trust me, everyone is not perfect, kadang-kadang aku sendiri confuse camne nak setelkan masalah aku ni. But now, aku dah buat keputusan, aku akan cari another woman yang suits dengan aku. Buat ape terhegeh-hegeh dekat sorang je. Kannn? Sudah la buang masa, buat sakit hati lagi. And it would be lots better if I just love myself only rather than loving someone who doesn't love me. What do you think?
The worst is, I hate hoping for someone. Puas aku cari cara nak tenangkan diri, tapi kadang-kadang teringat gak :(
Enjoy this song, PALSU, I compose and sing it myself :D
Labels:
blog cinta,
cinta palsu,
ell arif,
palsu ell,
tips bercinta
Subscribe to:
Posts (Atom)