disable right click

Sunday, February 13, 2011

Aku dan Diriku

Kesilapan yang lepas mengajar kita untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Bukan untuk diulangi lagi. Sikap yang menentukan samada kita boleh menerima atau tidak dan sifat itu datangnya dari pemikiran kita samada terbuka atau masih terkukup di ruang masa gelap.

Tak perlu mencari fakta yang sahih asal logik mendahului perbincangan. Hidup huru-hara bukan bermaksud kita sudah tidak bermakna di dunia ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kerana karma sentiasa wujud, buatlah kebaikan yang mungkin dibalas kebaikan.

Anak muda yang masih mencari hala tuju kehidupan sebenar, berfikir, pekerjaan atau pelajaran, keluarga atau kawan, hiburan atau ketenangan? Wang mengatasi segala-galanya, tanpa wang siapa kita. Ya, wang tidak penting, yang penting keluarga dan hidup yang bahagia. Tapi cuba anda jelaskan bagaimana untuk bergembira dan bahagia di dunia yang serba materialistik ini?

Aku kerap menguji kemampuan sendiri untuk melakukan sesuatu yang aku minat mahupun tidak. Kerana aku mempunyai senarai yang aku ingin lakukan sepanjang aku hidup. Mungkin mendaki gunung? Mungkin juga berenang merentasi lautan Atlantik. Letaklah satu tujuan dalam kehidupan anda agar jalan yang ingin dilalui sentiasa berada di depan mata anda.

Aku dan diriku masih lagi terpinga-pinga menunggu masa berlalu.

No comments:

Post a Comment