disable right click

Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Bila "potionist" bersuara.

Sayang itu ada. Aku sayang kawan-kawan aku, aku tidak sanggup kehilangan mereka yang sentiasa ada di sisi aku. Sayang pada ibu bapa, kerana merekalah aku ada disini dan sedang menulis atas papan kekunci lusuh ini. Aku sayang orang itu apabila aku percayakan mereka, apabila aku sudah mengenali hati budi mereka.

Bagi aku, sayang bermaksud kita saling memahami dan saling menghargai. Kerana itulah perasaan sayang terbentuk. Ia lahir dari jiwa kita dan terus turun ke hati. Cukuplah sekadar sayang, kerana sayang hanyalah peringkat kedua dalam kehidupan. Yang pertama adalah suka, kemudian, sayang, dan barulah cinta. Seorang lelaki boleh menyayangi lelaki lain, tapi tidak mencintai mereka kecuali mencintai Rasulallah S.A.W. Tetapi seorang lelaki atau wanita boleh mencintai mana-mana wanita atau lelaki kerana Tuhan menciptakan kita dengan jodoh masing-masing.

Aku mungkin masih dengan dunia aku sendiri. Aku lebih selesa hidup berseorangan tanpa perlu ada komitmen. Tapi itu tidak bermaksud aku tidak mempunyai perasaan. Seseorang bertanya pada aku, "alangkah bagus jika dunia ini tiada perasaan". Agak janggal pertanyaan sebegitu, kerana tanpa perasaan sama seperti patung yang dicipta manusia, cantik tapi tidak berfungsi. Perasaan adalah satu jenis norma kompleks yang tidak dapat dikira dan hanya boleh ditafsir dengan riak wajah atau percakapan.

Bagi aku, lebih bagus kalau ada orang bertanya pada aku. Kan bagus kalau boleh hidup kekal muda dan abadi? :)

Saturday, April 2, 2011

Aku dan Kolej

 "2 hari yang memenatkan, 2 hari yang menghiburkan, 2 hari yang menyentuh diri aku."

Buat pertama kali setelah sekian lama, aku dapat rasakan kembali kegembiraan yang sudah lama aku kehilangannya. Kegembiraan yang menyentuh aku sehingga aku tidak ingin hari ini untuk berakhir. Dapat bersama rakan-rakan, masing-masing bergembira dan berseronok bersama.

Bercakap tentang kehidupan, anda akan rasa hidup anda hilang sedikit demi sedikit jika tiada kegembiraan di sisi anda. Percayalah, aku sendiri pernah melaluinya. Cukuplah semua orang dapat menikmati saat-saat bahagia bersama. Cukuplah semua orang saling menghormati antara satu sama lain. Dunia akan jadi lebih harmoni.

Habis sudah 2 hari penuh bermakna. Lagi 9 hari sebelum peperiksaan akhir Semester 5. Masih ada satu kerja khusus yang aku perlu siapkan. Beginilah kehidupan di kolej, rakan-rakan masih di sisi. Bayangkan bila semua sudah bekerja, masing-masing berpisah. Adakah masih mahu untuk hubungi satu sama lain? :)

Monday, February 21, 2011

Kehidupan yang kuimpikan sudah mulai terasa. Tiada lagi kekusutan yang bermain dalam hati aku. Boleh tak aku nak ketawa? Hahahaha!

Baru sahaja install UberSocial dalam BB aku sebab sebelum ini UberTwitter kena "suspended" kejap. Jadi, terpaksa pakai SocialScope. Apa-apa pun, UberSocial tetap terbaik. Seronok bace tuit-tuit merepek. Boleh gelak seorang diri. Penghibur di kala bosan katanya. Ahah. Itu sahaja.

Jadilah seorang yang berfikiran luas dan memandang ke hadapan agar anda dapat menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang terbaik.