disable right click

Friday, September 14, 2012

Dilemma

Saat kau sudah belajar dari kesilapan, takkan kau mahu ulang lagi, kan? Berbicara memang mudah, tapi realitinya? Kau pedih, hilang arah.

 "Tak apa, aku sakit tak apa, yang penting 'dia' tak sakit." 

Mudah bukan. Apa yang kau maksudkan dengan 'dia'? Siapa 'dia' yang kau rasa kau perlu berkorban?

Selepas puas bermain cinta, kau bangga ber'eksperimen' dengan cinta, kau suka bila orang puja. Sekali bila buku bertemu ruas, langit bertemu bumi, baru kau tau apa itu erti menyesal dan sedar diri. 

"Cukup sekali, memang pedih, perit. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku harung 'kisah' sedih itu."

Tuhan tak jadikan kawan untuk suka-suka. Kawanlah yang kau ada ketika kau susah. Tapi kau selalu lupa, lupa bahwa dalam kamus, kawan itu bermaksud ; taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, dll. - Tesaurus PRPM

Kau mudah lupa, kau mudah suka. Yang sakit kau lupakan, yang baru kau suka, kan? Sekali bila jadi lagi, nah, baru padan dengan muka kau.

Sedarlah, hidup bukannya boleh mengikut apa yang kita mahu.

"Sometimes, you just have to let it go cause chasing it wouldn't change anything" - Ell, 2012

Friday, July 20, 2012

Tutup Mata Buta, Ikut Jalan Hati

Lama aku tahu, tapi sengaja kututup mata. Perasaan mengaburi pemikiran. Sayang mengakali fikiran.

Sedih, ketawa. Aku masih tetap bersama. Apa yang menarik, aku biarkan hati ini terseksa walau luaran nampak biasa pada mata. Aku biarkan lagi permainan berjalan, tidak tahu samada di pihak dia atau aku.

Kalau terkena, padan muka.

Sedikit demi sedikit, aku berganjak dari tempat duduk asalku. Yang dia tetapkan.
Selesa bukan bermaksud berjaya. Cuma selesa dari konteks aku, sesuatu yang tidak perlu aku fikirkan lagi seperti dahulu.

"Dulu aku selalu fikir dia, 24 jam dia, pagi dia, malam dia. Kemudian aku mati, hidup semula. Mati kembali dan begitulah."

Biarlah dia dengan dongengannya, aku tak rugi apa. Aku masih ada akal.

"Jika ada, maka adalah. Jika tiada, takkan hendak dipaksa."

Sunday, June 24, 2012

Jatuh Berdiri

Sakit. Habis sudah masa aku luahkan. Pergi kesana, kesini.

Benarkah begitu susah untuk aku miliki? Atau memang aku tiada di hati?
Habis sudah masa aku luahkan. Pergi kesana, kesini. Meluah perasaan di hati.

Keputusan telah kuputuskan, namun masih tetap begitu. Hatiku sudah dicuri kamu. Sakitnya bukan kepalang. Segala bahan kimia dari dunia aku cuba, masih tetap begitu. Sakit tak terperi, tiada ubat untuk mengganti.

Bodoh, kenapa kau? SAKIIIIIITTTTT!

Thursday, November 10, 2011

post di-buang

bunyi hanya wujud di alam fantasi, bukan diekspresi.

Sunday, November 6, 2011

Cara Kau Menjelikkan.

Ahad
7.06 PM
Bersama 'EM' si ohbulanterang.

Haha. Pertama kali? Jangan kau negatifkan, positifkan apa yang kau lalui walaupun ianya tidak sebagus yang kau rasa.

Sesedap rasa kau berkata, itulah yang mencerminkan diri kau. Mungkin kau masih belum sedar. Tapi penilaian dibuat oleh orang dihadapan kau. Bukan diri kau.

Jangan risau, bukan ingin marah kau. Hidup ini umpama roda. Kau tidak tahu siapa yang akan jatuh dan siapa yang akan berdiri. Bila sampai kau pasti akan lihat, satu perkara yang kau tidak jangka.

Ingat, ingat, ingat. Kita hanya insan biasa.