disable right click

Thursday, November 25, 2010

Lama sudah tidak ber-blog, apakah?

Hampir sebulan meninggalkan pentas (cehhh, bajet artis lak), kini kembali menulis untuk tatapan (sendiri kot, sebab mane ade orang tengok blog ni, lols). Ok, semenjak dua menjak lapan menjak ni, busy dengan study dan sekarang ni pun tengah "final exam" sampai 26 Nov, sebab itulah tak ada post langsung. Ada banyak masa sebenarnya, tapi apa kan daya, Facebook dan Twitter menjadi pujaan. Hahaha.

Harini, hari paling panas aku rasa, berakhirnya paper ke-4, Organizational Behaviour yang membuatkan aku stress dengan soalan-soalan chapter Stress. Hahaha, serius ada la, bukan main-main. Rasa macam bangang pun ada tadi, tengah-tengah stress jawab paper, boleh pula soalan pun soalan stress. Lols :D. Btw, masih ada lagi paper Financial Management dengan Pengajian Malaysia, esok la aku perah otak ni. Haha.

Mungkin agak ketinggalan cerita ini, tapi aku masih lagi tengok video "Dia Pilih KLCC doe" hahah. Paling tak boleh blah part, "Han dah lemah doe" . Apakah?? hahah. The most stupidest and funniest video of the year la aku bagi. Hahaha. Apa-apa pun, kalau nak tengok, search je kat youtube tu. Mesti ada punya :).

Sampai sini je lah, letih la. Mesti mau study betull? haha.

Monday, November 1, 2010

Cerita Tanpa Tajuk

Arghhh, malas aku nak letak tajuk. Fikir tajuk pun sudah makan masa yang lama, buang masa. Serius, aku bukan jenis yang suka berfikir lama-lama, apa yang terlintas cepat aku catatkan dan aku malas untuk ingat lagi lepas itu :) Kadang-kadang bila aku tekan keyboard ni, aku rasa segala masalah aku hilang. Walaupun macam tiada apa-apa makna, sekadar menggerakkan jari pun sudah cukup. Kerana perkara kecil yang kita lakukan, jika dilakukan berkali-kali pasti akan memberikan kesan.

Aku selalu mendengar kawan-kawan aku yang terdekat beritahu, "Kau memang seorang pendengar yang baik". Ye, seingat aku, kebanyakan kawan-kawan aku yang berkongsi masalah dengan aku, semuanya aku bantu diorang. Aku suka bila dapat bantu orang, tapi pernah juga aku bertanya pada diri aku sendiri, "Kenapa aku masih belum jumpa pendengar segala masalah aku pula?". Sebab itu, aku lebih suka "happy"kan diri aku sendiri. Keluar dan menggila bersama kawan atau aku buatlah kerja yang bodoh dimata orang berpendidikan walau aku sendiri dididik dengan pelajaran. Bodohkah aku?

Semenjak akhir-akhir ini, aku susah untuk membuat keputusan, semakin aku rapat dengan dunia luar yang gelap, semakin aku rasa diri aku tidak bermaya. Hampir hilang segala kemanisan dengan kawan-kawan. Apa yang aku fikirkan hanyalah bagaimana untuk aku terus hidup di dunia ini dengan segala macam tawaran yang diberikan. Mungkin dulu, aku cuma bangun tidur, makan, minum, kawan telefon dan keluar berseronok, kemudian "enjoy" lagi dan hidup gembira. Tapi sekarang, aku sentiasa teringat tentang masalah-masalah dan segala perkara yang menghalang aku untuk berjaya. Perlukah aku hidup dalam kesusahan? Seingat aku, aku bukan jenis yang suka susah. Aku bencikan susah.

Mungkin aku masih muda, tapi tidak bermakna aku masih mentah. Kehidupan aku yang kucar-kacir mengajar aku erti bahawa hidup ini tidak semudah seperti yang disangka. Kadang-kadang, aku terpaksa pasrah dengan apa yang berlaku. Aku tidak ragu-ragu untuk memutuskan perkara yang paling penting dalam hidup aku. Cumanya sekarang ini, tiba-tiba aku rasa diriku buntu. Aku belajar dari kesilapan orang lain, aku belajar bagaimana untuk hidup dalam dunia yang mungkin kamu sendiri tidak tahu apakah dunia itu. Wajarkah aku beritahu?

Aku masih ingat lagi, terlalu ramai yang aku kenal dalam usia aku yang masih muda. Aku cuba untuk mendalami setiap kehidupan mereka supaya aku dapat menyesuaikan diri bila masanya tiba. Aku keliru memikirkan, kenapa aku tidak dilahirkan seperti mereka? Tapi aku faham, pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yakin, masanya akan tiba bila aku pula yang berkuasa. Bukan bermaksud aku ini menjadi ketua, tetapi berkuasa dengan harta yang mampu membeli setiap orang di dunia.

Aku tidak punya pendengar yang setia, apa yang aku ada hanyalah papan kunci laptop ini dan sebuah laman web untuk aku menaip sekadar sebuah entri yang tidak bererti bagi kamu tapi penuh bermakna bagi aku. Sekian :>

Tuesday, October 26, 2010

making something happen is more difficult than saying it

yeah, its been a almost two weeks since I post my last entry. Urmm, I've been busy for the whole weeks coz' of the assignment, mid-term and lots of trouble that keep coming to me. That's sucks man. And now, I try to arrange my time perfectly, spend it wisely till 22 November, it's my final exam laaa. Hahahaha.

Firstly, I'm really tired and my face had already show the symptom of stress, it's my PIMPLE la, I hate it. I had to stay in my room and do boring things, I was also suffering from flu and cough. Lols, why they all want to come in one time? But, I've recovered from flu and still had a cough. Lols, what am I typing here. Actually, I have no idea on what I want to type now because my hand is really into this fucking keyboard while my head is flying away, Idk where, but it's kinda fun here. Hahaha.

Yeah, my love text me and she ask if I had my free time tomorrow to watch movie with her. I have to because I love her, ahah, simple kan? I wish I could be with her till..I don't know, but what I know is she is the first woman that I love had passed the 3months qualification and I'm in love with her for almost 7months, I guess :) Sayang, nanti u kire la bape hari k? haha :D

p/s ; I'm blank for 5minute, wtf man, could u asshole please don't bother my life. Baru je aku nak rilek ade je suara2 bangang kuar kat tepi telinga ni. Bullshit doe. Fuck u all!

Friday, October 15, 2010

He said it again, Mr. Morgan

Yeahh, seperti yang diketahui oleh classmate aku. Hahah, korang kompem lah taktau sape Mr. Morgan ni. Aku pernah masukkan name die kat entry aku yang past. Ok.

Dia ni memang suka nak berborak dulu dalam 30-45minit time lecture. Hahah, semua cerita untuk motivate student dia sampai la cerita hulu sungai, semua ada. Tapi banyak yang membina la. Bukan cerita kosong. Hahah, dia ni memang suka buat lawak dengan bentuk badan yang bulat dan comel (kata "segelintir" pelajar) ahaha, dia ni suka menggayakan sambil bercerita. Budak marketing cakap , "body language" laa. Hahaha. Tapi sumpah, aku paling jarang tidur kelas dia sebab kalau tak dengar ceramah dia, rasa cam rugi, sebab semua yang dia cerita based on true story. Jadi, buatpe aku nak ambil masa lama untuk merasai pengalaman, asalkan dapat dengar dari org yang lebih tua, dah menambah experience hidup ni. Bagi aku camtu la, tak tau la korang camne en.

Ahah, kata Mr. M lagi, hahah, spesel skit la :), hidup ni kena la disiplin, klau tak macam mane nak survive and berjaya. Betul memang betul, tapi aku rasa sangsi macam mana orang jahah boleh berjaya dan kaya? Kann? hahhaa.

Kata Mr. M lagi, katanyeeeeee, hahahha, "Before I officially die, lepas tu bla bla bla". Tak juga keluar penutup quotes tu. Hahahha. Letih letih :)

Takpe, aku nak mandi dulu ni, panas nak mandi. Aku nak mandi, mandi, korang pun mandi la. Jum mandi. hahah. Mandiiiii.

Drink and Drive or Stone and Fly.

Please answer the following question based on your research.

i. They both makes us lose control. They both also illegal. Ahah, so what is the difference?
_______________________________________________________________

Hahah, tu soalan cepumas untuk hari ni. Asyik-asyik aku je menulis untuk korang, ape kate korang pula menulis untuk aku. Kan senang. Haha.

p/s : pening kepala sebab tak dapat google RRM & RAM for Project Management. Cettt