disable right click

Friday, May 31, 2013

Cantik & Antik

Antik, makin lama makin berharga dan cantik.

Tapi,

Cantik, makin lama makin berharga dan 'antik'.

Betul ke makin lama makin berharga? Untung kalau masih ada perasaan itu.

Seimbas

Pernah satu ketika bila kita mula ragu-ragu. Tapi aku? Setiap hari aku ragu.
Bukan mudah mahu bina rasa percaya. Kenapa?

 Soalannya hanya satu~~
Jawapan pula ada dimana-mana. Cuma terpulang pada diri untuk menerima.

Untuk menerima? Hurm.

Harap suatu masa nanti akan tiba rasa yang lebih berharga, bila diri ini sepenuhnya boleh terima.
Suatu masa nantilah tapi.

Wednesday, March 13, 2013

3 Lagi. Hati, Perasaan & Akal.

Bila hati dan perasaan duduk sebelah-sebelah. Mereka pandai bercerita.

Hati cakap, "Aku dah tersangkut dekat hati dia la."
Perasaan jawab, "Aku pun dah mula rasa perasaan sayang dekat dia. Aku takut kalau 'sayang' aku ni diperkotak-bodohkan."

Hati dan perasaan, dua-dua tiada pilihan lain.

Kalau hati 'lari' dari tempat dia tersangkut dan terkurung, mungkin dia akan luka. Mungkin masa 'lari' ada duri dan semak yang akan dia redah. Kan bahaya tu?

Perasaan pula? Masalahnya perasaan sudah terbit rasa sayang. Perasaan tak kuat. Perasaan tak boleh buang rasa sayang. Nanti perasaan jadi gila, jadi sedih, jadi mati. Perasaan tak mahu mati lagi.

Sekarang berharap pada akal. Akal saja yang masih boleh berfikir sekarang. Hati dan perasaan masih bergantung pada akal.

"Hi Akal, kau ada apa-apa nak cakap?"

Akal, "Aku tak ada apa-apa nak cakap. Aku biar saja hati dan perasaan buat keputusan sendiri dulu. Aku disini cuma pantau. Aku tahu mana yang baik dan buruk untuk hati dan perasaan. Jangan risau, aku masih ada disini. Melihat hati dan perasaan jauh dihujung fikiran mati.

Wednesday, February 27, 2013

posisi keliru

Saat aku menyulam perkataan suka,
aku rasa ianya begitu mudah untuk dikata.
Namun, hari tak selalunya indah,
Adakala, mendung itu tak pernah berawan.

Perjalanan yang disangka mudah, penuh liku-likunya.
Angin bertiup dari kanan dan kiri, memusingkan pokok yang tegak berdiri.

Ingin dielak,
tapi hairan,
dari bawah dan atas,
angin tetap menolak.

Dikira 2012 tahun pembalasan. 2013 tahun kebangkitan.
Tapi kelihatan, bangkit bukan sebarang bangkit,
Bangkit ku dihimpit tanah dan batu,
Cukup berat tuk dialihkan satu persatu.

Jika dicanang awal, takut rugi berputih mata.
Tapi jika benar, aku sendiri yang akan gembira.

Mungkin hanya mengharap kitaran,
biar berputar secara natural.

Jika Diatas benarkan, baguslah, boleh aku ketawa.
Jika Diatas ketawa? Baguslah, kan benar apa yang mereka kata.

Hari tak selalunya indah,
Adakala, mendung itu tak pernah berawan.

Tuesday, February 5, 2013

Bayu

Sepenat mana pun, sejauh mana pun, selupa mana pun,
Aku tetap aku. Berteduh di 'bawah bayu'.

Hilang di perkataan, lupa di mata, simpan di hati,
Namun rasa, gambar dan perasaan tetap abadi.

Di bawah bayu.

Thursday, January 24, 2013

22-20-01-2013, Angka.

20 Januari.

Mungkin biasa dikira jari, tapi extra-biasa didalam hati.

Extra itu sendiri memberi banyak erti. 'Lebih'?

Cukup disini. Panggilan situasi.

20 Januari.